Wednesday 29 October 2014

APA ITU LAMAN WEB?

Laman Web (Laman Sesawang) atau blog adalah satu paparan yang kebiasaannya dipelihara oleh seseorang individu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, gambar , audio, video dan sebagainya.  Selalunya blog mengandungi berita, perkongsian maklumat, komen serta profile peribadi atau syarikat secara online.  Laman Web juga merupakan kombinasi tulisan, gambar, audio, video dan ‘link’(Pautan) ke laman web lain.


KATEGORI LAMAN WEB

Kategori laman web yang boleh dibangunkan merupakan satu faktor yang memberi kesan kepada konsep reka bentuk laman web yang akan digunakan.  Laman web boleh dikategorikan berdasarkan fungsi yang dimainkan olehnya seperti berita, pendidikan, perniagaan, hiburan, hobi, agama, kemasyarakatan, peribadi dan sebagainya.