Laman Web Komuniti

Laman web dalam kategori komuniti atau perkhidmatan masyarakat merupakan antara kategori laman web yang semakin popular. Ianya menawarkan maklumat kepada kumpulan pengguna tertentu bergantung kepada persamaan ciri seperti minat, kepercayaan, keperluan dan sebagainya.  Laman web berkaitan dengan kempen mencintai sungai, kempen anti merokok, persatuan ibu tunggal, persatuan  sukarelawan  dan sebagainya merupakan antara  contoh laman web yang berada  dalam kategori ini.  Biasanya reka bentuk laman web sebegini  kelihatan ringkas tetapi mengandungi pelbagai maklumat yang diperlukan oleh pengguna.  Ia juga biasanya menyediakan ruangan komunikasi  seperti forum elektronik yang membolehkan pengguna berinteraksi sesama mereka. Biasanya laman web dari kategori ini mempunyai alamat atau URL berasaskan org.






No comments:

Post a Comment